BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 13, 2009

Mentalku dalam kecelaruan..

Apa yang bermain dalam fikiranku tak lain dan tak bukan adalah permasalahan umat manusia keseluruhannya. Mari senaraikan apa yang bermain dalam fikiranku.

1. Orang melayu di Malaysia ditindas oleh kaum Cina dan India.
2. Orang Islam di seluruh dunia ramai, tapi tak berkuasa.. mengapa??
3. Ramai orang kaya di Malaysia, tapi orang yang gajinya hanya cukup2 makan adalah lebih ramai.
4. Ke mana perginya harta zakat? Mengapakah mualaf di Malaysia tak mendapat bantuan secukupnya?
5. Umat Islam keseluruhannya ketinggalan dari segi ekonomi, teknologi, pemikiran. Mengapa?
6. Sistem ekonomi di seluruh dunia kucar kacir disebabkan sistem ekonomi kapitalis.

Untuk membincangkannya secara serious.. saya bukanlah antara orang yang pandai berkata-kata. Oleh itu saya lebih suka bercerita.. Dan ceritapun bermula....
Part 1 Kecelaruan

"Celaka! kat mana ni?", bentak seorang lelaki separuh baya berperut buncit. Lantas dia bingkas bangun dan membersihkan debu2 yang melekat pada seluar slack hitam berjenama Pierrot Kadin. Fikirannya bercelaru dan tidak ada apa-apa yang dapat diingatinya... segalanya kabur...

Dia menoleh ke sekeliling dalam keadaan terpinga-pinga.. sesungguhnya pemandangan ini bukanlah sesuatu yang biasa dilihat pada tahun 2009 di Malaysia.. Di lorong gelap ini.. tiada kelihatan walau satu sampah pun.. malah berbau harum melebihi rumahnya sendiri..

"Di manakah aku? syurgakah??", dan dia berlari keluar dari lorong gelap itu.. Setibanya di penghujung lorong, sekali lagi dia dikejutkan dengan kaki lima yang dipenuhi orang ramai yang lalu lalang! dan mereka semua memakai jubah berserban serta yang wanita memakai pakaian yang labuh berpurdah. Hatinya semakin berdebar-debar tatkala melihat semua suasana yang asing ini. Dalam kecelaruan, dia merempuh orang ramai dan berlari tanpa arah!

Tiba-tiba, kakinya tersandung lalu dia jatuh seperti nangka busuk di atas jalanraya.. dan ketika itu juga, sebuah kereta mewah berlambang bulan dan bintang berhenti hanya beberapa inci dari perutnya. Lantas, keluar dua pemuda berbadan sasa, berjubat hijau dan berserban putih berbelang kehijauan.

"Saudara, amat berbahaya berkelakuan begini.. nyaris kami terlanggar tadi", kata pemuda pertama.

"Benar, tapi saudara kelihatan resah gelisah, malah pakaian saudara juga amat kolot..?", sambung pemuda kedua pula..

"Ah setan.. suke-suke pulak nak cakap baju ngan sluar mahal aku ni kolot
.. tak bley jadi ni!!!", lantas pak cik gemuk berperut comel itupun berdiri dan menengking kedua-dua pemuda tadi.

"OI bedebah!! kau cakap baik2 sikit!! ini baju ngan seluar cap Pierrot Kadin kau tau?? Kau kerja sepuluh tahun pun takkan mampu beli la, setakat pakai jubah serban, berlagak alim la!"

Kedua-dua pemuda tadi terkesima, tetapi masih bertenang.

"sabar pak cik.. kami mohon maaf atas keterlanjuran kata-kata kami tadi"

"Ya, dan sekiranya pak cik tak keberatan, ikutlah kami pergi merehatkan diri.. pak cik kelihatan letih.."

Pak Cik gemuk itu lantas bersetuju kerana perutnya mula berbunyi.. Kedua-dua pemuda itu melayannya bagaikan raja, sehingga membukakan pintu untuk dia duduk. Kini baru dia teringat.. Dia sebenarnya seorang ahli politik yang amat mahsyur... dan nama beliau sebenarnya adalah.. Tan Sri K!

To-be-Bersambung

Friday, September 11, 2009

Kemaman Oh Kemaman

Da beberapa ari aku balik kemaman..
jalan rayenye amatlah ringkas berbanding kl...
takde jem..
perjalanan pun setakat 15 minit je da bley sampai mane2 destinasi..
oh syurgaku~~~